04 Feb 2018 Ahad, seramai 32 orang peserta kursus yang mengikuti Program Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SHO) telah diraikan dalam satu Majlis Graduasi di Dewan Eksekutif Akademi Profesional KOSAS.
Terima kasih kepada tetamu yang hadir antaranya Encik Shahid Bin Mohammad Yasin (Pengarah XP Technic Solutions) dan Encik Mohamad Yatim Bin Sastu@Zakaria (Tenaga Pengajar) Encik Satwant Singh (Tenaga Pengajar).
Y.Bhg. Dato’ Dr. Ir. Haji Abdul Rashid Bin Maidin, Ketua Pegawai Operasi APK, berkata, majlis diadakan bertujuan untuk mengiktiraf para peserta yang telah menamatkan sesi latihan mereka dengan jayanya.