Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat illahi kerana dengan izin-Nya AKADEMI PROFESIONAL KOSAS, atau ringkasnya APK, telah dirancangkan oleh Ahli Lembaga Koperasi. Objektif utama penubuhan APK adalah untuk membantu anak-anak anggota-angotanya serta pelajar yang kurang bernasib baik untuk belajar didalam Sistem Kemahiran iaitu Technical Vocational Education Training (TVET) oleh Jabatan Perbangunan Kemahiran (JPK) dan dibiayai oleh Perbadanan Tabung Perbangunan Kemahiran (PTPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Segala persijilan pembelajaran akan dikeluarkan oleh JPK dengan pengiktirafan dan diperakui oleh Kerajaan Malaysia.

Selaras dengan anjakan yang sama, Akademi Profesional Kosas menjalankan Kursus Safety And Health Officer. Program Sijil Keselamatan & Kesihatan (SHO) telah diakreditasi oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) yang direka untuk menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan Pengurusan H&S di tempat kerja. Kami adalah sebuah Akademi Pembangunan pembelajaran dan modal insan berdaftar dengan Human Resources Development Fund (HRDF) yang memfokuskan kepada Kursus Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan.

Akademi Profesional Kosas sebagai “Education Provider” akan menumpukan kepada kemajuan, penghantaran dan penggunaan pengetahuan melalui inovasi, dedikasi, professional dan semangat pasukan. Sepertimana kita bergerak ke alaf baru, objektif ini meletakkan pendidikan sebagai asas kemajuan. Intipati seperti ini pasti dapat menjadikan Akademi Profesional Kosas cemerlang dari segi akademik, akhlak dan sahsiah, seterusnya menjadi bangsa Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai aspek.

Akademi Profesional Kosas amat menyokong Dasar Pelajaran Negara (DPN) iaitu setiap insan diberi peluang untuk terus belajar disemua peringkat.

Akhir kata, kita hayati pantun warisan di bawah:

Adat sesampan satu haluan
Adat seperahu satu kemudi
Adat sehaluan satu tujuan
Adat sekemudi bersatu hati

Sekian Terima Kasih

DATO’ (DR.) HAJI MOHD. KARIM BIN HAJI ABDULLAH OMAR

Pengerusi
Akademi Profesional KOSAS